Klinik PrimeHealth Elmina

Abadikan Kenangan Pertama
Bersama Si Manja

Pakej Antenatal Scan Lengkap dari Trimester 1 hingga 3.

“Sangat terperinci doktor terangkan pasal baby. Nampak muka baby jelas sangat, terus rasa tak sabar nak peluk!

- Puan Aisyah, Elmina

Fasa Antenatal Scan Yang Penting

Ketahui bila masa terbaik untuk periksa kandungan anda.

6-10 mggu

Early Scan (Dating Scan)

Sahkan kehamilan, degupan jantung & tentukan tarikh jangkaan bersalin (EDD).

11-14 mggu

NT Scan

Saringan awal untuk kelainan kromosom seperti Sindrom Down (ukur cecair belakang leher janin).

18-24 mggu

Detail Scan (Sangat Disyorkan)

Imbasan paling komprehensif. Pemeriksaan terperinci organ dalaman (jantung, otak, buah pinggang) dan struktur fizikal bayi (bibir sumbing, jari).

24-32 mggu

3D / 4D / 5D Scan

Lihat wajah sebenar dan mimik muka comel bayi anda dalam bentuk 3D dan video bergerak 4D/5D.

28-40 mggu

Growth Scan

Pantau carta pembesaran (anggaran berat bayi), ukur paras air ketuban dan pastikan kedudukan uri (placenta).

Kenapa Detail Scan Sangat Penting?

Membantu mengesan awal sebarang keabnormalan struktur fizikal dan organ dalaman janin. Memberi ketenangan minda dan ruang untuk ibu bapa serta doktor merancang proses kelahiran yang paling selamat.

Teknologi Ultrasound
Berdefinisi Tinggi (HD)

Klinik PrimeHealth dilengkapi dengan mesin ultrasound berteknologi terkini yang mampu menghasilkan imej janin yang sangat jelas, tajam dan realistik.

Skrin Mesin Ultrasound HD

Dikendalikan Oleh
Doktor Bertauliah

Dr Tahirah

Dr. Tahirah

Doktor Perubatan

Dr Nadiah

Dr. Nadiah

Doktor Perubatan

Kisah Gembira Bakal Ibu

★★★★★

"Penerangan sangat teliti. Doktor check dari kepala sampai hujung kaki baby satu persatu. Tak rushing langsung dan sangat friendly. Recommended sangat untuk mommies buat detail scan sini!"

Puan Nurin Jazlina Hamil 22 Minggu
★★★★★

"First time buat 5D scan. Subhanallah, jelas nampak muka baby tengah senyum! Balik rumah terus repeat tengok video scan berkali-kali. Klinik pun bersih & wangi."

Puan Farhana Hamil 28 Minggu
★★★★★

"Selesa sangat. Suami pun boleh masuk sekali tengok skrin besar depan mata. Penerangan doktor mudah faham pasal air ketuban dan berat baby. Alhamdulillah semua normal."

Puan Zati Hamil 32 Minggu

Kenapa Mommies Memilih

PrimeHealth Elmina?

Mesin Premium

Pengimejan 2D/3D/4D/5D resolusi tinggi untuk visual yang tajam dan tepat.

Konsultasi Teliti

Sesi pemeriksaan tanpa tergesa-gesa. Doktor sedia menjawab segala persoalan anda.

Laporan Lengkap

Gambar ultrasound fizikal dicetak & salinan softcopy/video diberikan untuk rujukan.

Doktor Wanita

Sesi imbasan dikendalikan sepenuhnya oleh sonographer dan doktor wanita yang ramah untuk keselesaan anda.

Muslim Friendly

Menitikberatkan penjagaan aurat, penyediaan ruang solat, serta persekitaran klinik yang selesa dan mesra Muslim.

Pantau Kesihatan Bayi Anda Sebelum Terlewat.

Slot Detail Scan Kami

Sentiasa Penuh!

Kami hanya menerima jumlah pesakit terhad setiap hari untuk memastikan sesi konsultasi yang panjang & berkualiti untuk setiap ibu.

Langkah Mudah

Tempah Slot Anda

Klik butang di bawah untuk semak kekosongan jadual dan harga pakej mengikut usia kandungan anda.

*Tertakluk pada terma & syarat. Pakej berbeza mengikut usia kandungan (minggu) dan jenis imbasan yang dipilih.

Logo Klinik PrimeHealth PrimeHealth Elmina

Hubungi Kami

Waktu Operasi : Buka Setiap Hari Tel : 012-275 2144

Lokasi Klinik

Klinik PrimeHealth Elmina
Bandar Elmina,
40160 Shah Alam, Selangor

Penafian: Imej ultrasound bergantung kepada posisi bayi dan ketebalan dinding abdomen ibu. Maklumat di laman ini adalah untuk rujukan umum.